There was an error in this gadget

Apr 17, 2009

GAZA... SAVE THEM!!! Selamatkan Mereka!!!

Hei.. Aku tefikir tentang sessuatu yang selalu bermain di fikiranku. Kadang-kadang benar juga dan kalau difikiran lagi buang masa juga ya... Pernahkah anda terfikir betapa prihatinnya rakyat Malaysia dalam membantu rakyat Gaza yang diserang Israel... Kerajaan Malaysia dan Rakyat Malaysia amat prihatin terhadap apa yang berlaku di Gaza (God Bless Them..) Syabas saya ucapkan terhadap seluruh warga yang telah menyumbang dan membantu meringankan beban rakyat di Gaza..
Walubagaimanapun, saya merasakan belum sesuai lagi masanya atau belum lagi tiba masanya untuk kita membantu rakyat Gaza. Ya, mungkin anda kurang bersetuju dengan saya. teteapi saya rasa mungkin lebih baik kita berhenti dulu menyalurkan wang kita dan bentuan kita kepada rakyat gaza. Mungkin ramai yng bertanya ataupun tertanya-tanya mengapa saya berkata sedemikian. Yalah sebab mereka merasakan fikiran saya ini kurang rasional aganya. TETAPI... Ingin saya jelaskan di sini dan tegaskan kenapakita perlu berhenti menyalurkan wang kita ataupun membelanjakan ataupun menderma wang yang kita kumpul yang jumlahnya mencecah berjuta-juta untuk membantu rakyat di Gaza dahulu. Ini keranan wang yang kita salurkan ini ibarat mencurah air di daun keladi. Bole saya katakan suatu perkerjaan yang sia-sia. Kenapa? Ini kerana segala bantuan yang kita hulurkan dimusnahkan oleh Isrel terus. Jdi berbaloikh kita menyumbangkan wng ringgit kita di gaza untuk dimusnahkan di Gaza oleh orang Yahudi. Fikir-fikirkanlah.
Inilah masanya saya mengajak semua untuk mengubah mentaliti kita. Saya menyokog seratus peratus usaha kita membantu rakyat Gaza tetapi bantuan yang kita berikan bukannya dengan menderma wang ringgit kita untuk dimusnahkan secara terus-terusan (tidakkah kita sakit hati..) Bukankah rasanya kita diberi otak untuk berfkir. Ya, jika segala derma yang dihulurkan oleh rakyat kita yang prihatin di Malaysia dimusnahkan oleh Yahudi, Apakah Motif itu??? Apakata saya ajak semua untuk mengubah fikiran dan bertindak secara rasional. Apakata wang yang kita kumpul itu, kita gunakan untuk membuat satu tindakan yang dikatakan boleh menghalang Rakyat Israel daripada terus enyerang Gaza. Dan setujukah anda dengan pendapat saya...
Rasionalnya amat mudah, jika kita membantu Rakyat Gaza tanpa mengunakan atau memikirkan apa-apa tindakan yang dkatakan boleh untuk memberhentikan rakyat Yahudi daripada meneruskan tindakan ke atas Gaza, bukankah tindakan kita amat sia-sia. Yalah bantuan kita beri tapi pada masa yang sama kita langsung tidak mempedulikan tindakan yang dilakukan leh Yahudi.. bukankah tindakan kita itu sia-sia. ya wang yang kita salurkan meusnah betul tak. Jadi adalah elok untuk kita berusaha untuk memberhaentikan tindakan Yahudi terhadap penduduk Gaza dahulu, barulah bantuan kita dapt salurkan dengan selamat tanpa perlu bermain dengan risiko barangan yang kita hantar dimusnahkan.. betultak. jika tak.. baik tak perlu bantu mereka..
Saya buat satu analogi mudah bagi kita membandingkan dan untuk kita melihat kerasionalannya. Analoginya amat mudah, begini, kita anggap pelaku di sini adalah perokok, kempen dan wang. Satu persoalan yang ingin saya lontarkan, apakah yang perokok (Rakyat Gaza) perlukan sekarang, adakah wang yang kita salurkan kepada mereka untuk memberhentikan mereka daripada merokok. Bukankah buang masa jika kita tidak mencari punca atau merawat dari awal lagi. Justeru, inilah cadangan kiranya. Wang yang kita ada kita gunakanuntuk membuat kempen bagi memerangai atau menambahkan bilangan perokok dahulu. Seperti yang kerajaan lakukan sekarang iaitu meletakkan gambar-gambar yang 'sepatutnya' di kotak rokok (kita anggaplah kempen ini merupakan wang yang kita kumpul dan digunakan untuk memeberhentikan tindakan Yahudi). Bukankh lebih berbaloi..
Begitulah juga keadaanya di Gaza saya katakan. Hentikan bantuan kepad mereka dahulu. ya mungkin kita boleh berikan sebahagian dripada wang yang kita kumpul dahulu untuk bantuan makanan dan ubat-ubatan. Selebihnya dahulu kita sekat, wang yan kita ada itulah kita gunakan untuk membuat satu tindakan yang dikatakan boleh menghentikan Israel daripad menyerang Gaza. Selepas kita yakin bahawaIsrael tidak lagi menyerang Gaza barulah kitaboleh memberikan bantuan sepenuhnya kepada Gaza. Jika tidak saya anggap tindakan kita adalah seperti melepaskan batuk di tangga.
Fikir-fikirkanlah demi kebaikan kita dan umat di Gaza. Usah membantu apa yang dilihat akan merugikan kita, wang dantitik peluh kita, Ubah mentaliti kita, kemudian barulah kita boleh membantu rakyat Gaza. Mengharapkan kita mampu untuk berfiki dengan Rasional...
Selamatknlah Gaza. God bless This World!!
I'll Pray for it..

No comments: