There was an error in this gadget

May 31, 2009

Mana Lebih Best...

huh.. sekarang ni makin banyak web yang mengunakan perkhidmatan mencari sahabat online.. apa yang saya maksudkan adalah seperti FS, FB, Tagged, myspace...
Banyak2 ini, apakah fungsi web ini ya.. apakah benefits yang kita dapat.. ya saya akui pada awal penggunaan web ini saya merasakan banyak benefits yang saya dapat.. terutama pada masa mula-mula saya gunakan laman web mencari teman ini... yalah teman lama dijumpai dan teman baru dicari dan teman yang sudah dikenali dapat dirapatkan.. tetapi kini saya merasakan apalah guna lagi web ini. Saya merasakan tidak mendatangkan apa-apa manfaat lagi.. sahabat kekal dengan bilangan begitu sahaja saya rasa.. yalah tujuan jumpa kawan lama... tapi berapa ramai yang tetap berhubung dan terus berjumpa atau chat di kedai kopi ataupun telefon... mungkin ramai yang tidak sedar.. web seperti ini hanyalah perkara biasa sahaja yang boleh dikatakan tidak dapat memberi apa apa perubahan kepada ataupun dalam hidup kita.. ini kerana melalui web in adakah kita berpeluang berjumpa dengan kawan kita contohnya keluar bersama-sama, berjogging, melepak di kedai kopi, tengok wayang atau sebagainya... saya masih mengingati apa yang terjadi pada hidup saya.. pertama sekali saya tertarik dengan laman web Friendster yang dicadangkan oleh kawan saya dan saya pun mencipta satu akaun fs untuk membolehkan saya berhubung dan berchatting dengan kawan saya.. tapi berapa lama saja.. lepas itu saya tidak melihat apa-apa perbezaan kerana kawan kita di akaun kita tu pada satu tahap tidak akan bertambah kalau adapun dengan amaunt yang sedikit... jadi apakah yang lebih baik... sama ada kekalkan hubungan di luar ataupun hubungan di alam maya.. saya pun tak tau yang mana bagus lagi..

1 comment:

mcjayn said...

Facebook best. Ko suka komen gaber telo :p

wpun bongok, tapi boleh menjana idea kreatif.