There was an error in this gadget

May 11, 2009

Pengalaman ku balik hari tu PART III...

inilah part terakhir time aku balik hari tu.. aku pun masuk ke balai berlepas.. tau la aku dah letih semalaman aku tak tidor.. so time aku nak masuk ke balai berlepas si kakak polis tu pun tegur aku kakak polis tu kata "kenapa letih sangat, pagi pagi patut ceria...".. aku mampu tersenyum saja.. jadi aku pun mencari gate A7 bagi pelepasan penerbangan aku ke Sibu jam 8.50am... so lepas ku jumpa gate tu aku pun masuk dan duduk menunggu di gate tersebut..
tiba-tiba...
"Selamat pagi dan salam sejahtera, Kami memohon maaf kepada semua penumpang MH 2717 ke Sibu kerana kami masih belum mendapat status penerbangan anda lagi atass masalah teknikal. Kami akan memaklumkan penerbangan anda dalam masa 15 min lagi.. Sekian"
15 min laters la...
tapi dalam tempoh tu aku tertido.. letih sangat dan tiba-tiba sekali lagi...
'Selamat pagi dan salam sejahtera. Penumpang-penumpang yang dihargai, kami memohon maaf kerana terlewat memaklumkan status penerbangan anda. Untuk pengetahuan saudara dan saudari, penerbangan MH 2712 Ke Sibu jam 8.50 pagi telah ditukakan masa ke jam 10.50 pagi dan masuk melalui pintu A11. Kami memohon maaf atas kelewatan penerbangan anda. Sila ke kaunter pertukaran untuk penebusan baucer sarapan pagi anda. Sekian.."
dengan frustnya aku berjalan ke kaunter pertukaran kerana flight aku delay.. lalu tak ku peduli siapa di sekeliling ku terus mengambil makanan dan makan.. habis makan jer dan pukul 10.15pagi jadi saya pun terus pergi masauk ke gate A11 untuk pelepassn ke Sibu.. dan akhirnya dalam pukul 10.30pagi kami pun naik flight untuk pelepasan.. Gembiranya.. duduk la aku di dalam flight dengan rasa yang tak sabarnya... pastui bla..bla..bla (takda yang penting sangat selain prosedur biasa dalam flight MAS...)
sebaik sahaja mendarat di Sibu.. hatiku gumbira yang amat sangat... jadi aku pun keluar dengan langkah panjang sebaik kami dikeluarkan dari pesawat kerana aku tak nak Q panjang kat imigresen.. pastu di airport, aku di check oleh kakak nurse untuk memastikan aku bebas dari virus influenza A... Ha.. memang aku dah bebas lalu ku amik luggage ku dan terus keluar dengan selamat dan sampai di luar bertemu dengan aunti aku, mumuyku dan kakakku...

Sekian sahaja perjalananku balik ke Sibu....

-TAMAT-

No comments: