There was an error in this gadget

Jun 27, 2009

Baktisiswa di Kapit (Part III) 19 Jun 2009

masuklah pula hari ketiga.. di mana kami melakukan aktiviti ataupun program motivasi bersama-sama dengan pelajar tingkatan 3, tingkatan 5, dan tingkatan 6.... Kalau tak silap saya lebih kurang 400 orang pelajar telah bersama-sama kami menjayakan program motivasi ini... Terima Kasih juga kami tujukan kepada S.M.K. Selirik kerana sudi menerima kami untuk melakukan program motivasi bersama-sama pelajar di sekolah tersebut..... juga penghargaan kepada Pengetua sekolah En Lanyun kerana sudi menerima kami juga...SELEPAS PERASMIAN KAMI PUN MAKAN TENGAH HARI
SALAH SATU KUMPULAN LDK BERSAMA FASI MEREKA
LDK BERSAMA FASI

sesi pada hari tersebut tebahagi kepada dua bahagian.. pertama sesi pagi iaitu ceramah bersama Tuan Haji Shuib iaitu Pengarah Yayasan Sarawak yang sudi meluangkan masa bersama-sama dengan kami.... Sesi kedua pula dilakukan pada sebelah petangnya iaitu pelajar dibawa oleh fasi untuk menjalankan LDK...
INILAH FASI KAMI
SALAH SEORANG PENCERAMAH
Pendek kata pelajar S.M.K. Selirik semuanya sporting belaka.. hehehe.. best jugak budak-budak ni.. pada sebelah malamnya pula kami pun bersama keluarga angkat sahaja.... tak da apa apa yang kami lakukan melainkan bersama keluarga angkat...

Jun 24, 2009

Baktisiswa di Kapit (Part II) 18 June 2009

Berikutan keletihan di hari pertama setibanya saya di rumah selepas membawa group yang lain berjalan-jalan saya terus melelapkan mata bagi menanti hari ini pula.. hari ini awal bermula bagi saya.. ini kerana saya terpaksa bangun awal bagi melengkapkan tugasan saya yang terakhir di Sibu sebelum bertolak ke Kapit.. Pengambilan peserta di Sibu semuanya diuruskan dengan baik termasuklah dua orang sahabat ku dari Kuching iaitu Vivien, Victoria dan aku (gambar kat bawah)... Viven, Victoria dan Aku

Saya juga terpaksa membawa seorang peserta dari Semenanjung untuk dijadikan Kupon Parking semasa saya mengambil para peserta yang lain.... Hafiz hazwan terima kasih banyak-banyak.. kalau tak kerna dia dah tentu kena saman.. dahla budak ni tak tau nombor sendiri.. pening aku dibuatnya.. dibawah inilah gambar si Hafiz ngan aku..

Hafiz Hazwan dan Aku

lepas ku ambil punya ambil budak teruslah aku ke hotel tempat mereka tinggal di Perdana Inn untuk membayar tunggakan yang dibuat hahahahaha..pastu tu terus ke Wharf Express.... sebab terlalu banyak barang yang diangkut teruslah aku suruh budak kat wharf tu yang angkat.. dan aku bayar mereka.. senang kerja.. perjalanan yang bermula dari pukul 1 petang tersebut berakhir kira-kira pukul 4 lalu tak silap... dekat-dekat nak sampai aku suruh la si pemandu boat express membuka pintu supaya kami dapat mengambil angin sungai yang segar tu.. hehehe

DI ATAS BOAT EXPRESS
inilah keadaan bebudak tue.. hehehe pastu kami pun terus dibawa ke rumah Jugo bagi majlis penyerahan anak angkat pada malam itu.. tapi saya ada cerita yang lebih best lagi Datuk TNC kami minum tuak... fuuuyoooo!!!!! hebat tak.. hahahaha.. untuk pengetahuan saudara-saudaru sekalian Datuk TNC kami terlibat sama dalam upacara miring time kami sampai .. itu sebabnya beliau meminum tuak...hehehehe.
INILAH TEMAPAT KAMI MELAKUKAN PROGRAM BAKTISISWA
SETIBANYA DI KAPIT KAMIPUN BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI.
UPACARA MIRING OLEH DATUK AHMAD FAIZ (TIMBALAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA)
end of part II...
akan bersambung...

Jun 22, 2009

Baktisiswa di Kapit (part 1) 17 Jun 2009

Setelah perancangan yang rapi dibuat lebih kurang 6 bulan yang lepas, tanggal 17 Jun 2009 bermulalah detik adhoc Sarawak Universiti Utara Malaysia akan melakukan permulaan bagi Program Anak Angkat iaitu Program Baktisiswa "Memacu Minda Desa Gemilang" ke Kapit... Bermulanya detik pada hari tersebut dengan kedatangan sejumlah 18 peserta Semenanjung Malaysia dan seorang peserta dari Sabah.. Kehadiran mereka telah meriuhkan suasana di Lapaangan Terbang Sibu (LTS)...


Setelah mereka check in di Perdana Inn...


Lebih kurang dalam pukul 3 petang mereka meneruskan perjalanan mereka berpusing-pusing dan meronda-ronda di bandar Sibu sambil mencuba keunikan makanan seperti Mee Kolok, Mee Kampua dan Laksa Sarawak yang tidak terdapat di negeri mereka.... setelah percubaan di buat mereka mengatakan Sedap... (tak tau la mulut lain berkata hati.. hemmmm!!!!!)


Selepas kekenyangan (kenyang ke tak hal mereka lah.. janji tak ganggu kehidupan saya) Mereka pun dibawa keliling ke Bandar Sibu oleh Tourist Guide yang berasal dari Sibu (Saya la tu...) tempat yang dilawati, Pusat membeli-belah premier, Wisma Sanyan, Dataran Bandar Sibu Phase 1 dan 2, Koridor China, Pasar malam dan juga Kampung Bandong (tak semua pergi sini.. sebahagian jer) selepas semua tempat dilawati mereka pun dihantar balik ke hotel mereka iaitu di Perdana Inn bagi mereka berhat untuk meneruskan perjalanan mereka ke Kapit keesokkan harinya...




Begitulah cerita di hari pertama kejadian pada 17 Jun 2009..


akan bersambung....