There was an error in this gadget

Jun 24, 2009

Baktisiswa di Kapit (Part II) 18 June 2009

Berikutan keletihan di hari pertama setibanya saya di rumah selepas membawa group yang lain berjalan-jalan saya terus melelapkan mata bagi menanti hari ini pula.. hari ini awal bermula bagi saya.. ini kerana saya terpaksa bangun awal bagi melengkapkan tugasan saya yang terakhir di Sibu sebelum bertolak ke Kapit.. Pengambilan peserta di Sibu semuanya diuruskan dengan baik termasuklah dua orang sahabat ku dari Kuching iaitu Vivien, Victoria dan aku (gambar kat bawah)... Viven, Victoria dan Aku

Saya juga terpaksa membawa seorang peserta dari Semenanjung untuk dijadikan Kupon Parking semasa saya mengambil para peserta yang lain.... Hafiz hazwan terima kasih banyak-banyak.. kalau tak kerna dia dah tentu kena saman.. dahla budak ni tak tau nombor sendiri.. pening aku dibuatnya.. dibawah inilah gambar si Hafiz ngan aku..

Hafiz Hazwan dan Aku

lepas ku ambil punya ambil budak teruslah aku ke hotel tempat mereka tinggal di Perdana Inn untuk membayar tunggakan yang dibuat hahahahaha..pastu tu terus ke Wharf Express.... sebab terlalu banyak barang yang diangkut teruslah aku suruh budak kat wharf tu yang angkat.. dan aku bayar mereka.. senang kerja.. perjalanan yang bermula dari pukul 1 petang tersebut berakhir kira-kira pukul 4 lalu tak silap... dekat-dekat nak sampai aku suruh la si pemandu boat express membuka pintu supaya kami dapat mengambil angin sungai yang segar tu.. hehehe

DI ATAS BOAT EXPRESS
inilah keadaan bebudak tue.. hehehe pastu kami pun terus dibawa ke rumah Jugo bagi majlis penyerahan anak angkat pada malam itu.. tapi saya ada cerita yang lebih best lagi Datuk TNC kami minum tuak... fuuuyoooo!!!!! hebat tak.. hahahaha.. untuk pengetahuan saudara-saudaru sekalian Datuk TNC kami terlibat sama dalam upacara miring time kami sampai .. itu sebabnya beliau meminum tuak...hehehehe.
INILAH TEMAPAT KAMI MELAKUKAN PROGRAM BAKTISISWA
SETIBANYA DI KAPIT KAMIPUN BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI.
UPACARA MIRING OLEH DATUK AHMAD FAIZ (TIMBALAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA)
end of part II...
akan bersambung...

No comments: