There was an error in this gadget

Jun 22, 2009

Baktisiswa di Kapit (part 1) 17 Jun 2009

Setelah perancangan yang rapi dibuat lebih kurang 6 bulan yang lepas, tanggal 17 Jun 2009 bermulalah detik adhoc Sarawak Universiti Utara Malaysia akan melakukan permulaan bagi Program Anak Angkat iaitu Program Baktisiswa "Memacu Minda Desa Gemilang" ke Kapit... Bermulanya detik pada hari tersebut dengan kedatangan sejumlah 18 peserta Semenanjung Malaysia dan seorang peserta dari Sabah.. Kehadiran mereka telah meriuhkan suasana di Lapaangan Terbang Sibu (LTS)...


Setelah mereka check in di Perdana Inn...


Lebih kurang dalam pukul 3 petang mereka meneruskan perjalanan mereka berpusing-pusing dan meronda-ronda di bandar Sibu sambil mencuba keunikan makanan seperti Mee Kolok, Mee Kampua dan Laksa Sarawak yang tidak terdapat di negeri mereka.... setelah percubaan di buat mereka mengatakan Sedap... (tak tau la mulut lain berkata hati.. hemmmm!!!!!)


Selepas kekenyangan (kenyang ke tak hal mereka lah.. janji tak ganggu kehidupan saya) Mereka pun dibawa keliling ke Bandar Sibu oleh Tourist Guide yang berasal dari Sibu (Saya la tu...) tempat yang dilawati, Pusat membeli-belah premier, Wisma Sanyan, Dataran Bandar Sibu Phase 1 dan 2, Koridor China, Pasar malam dan juga Kampung Bandong (tak semua pergi sini.. sebahagian jer) selepas semua tempat dilawati mereka pun dihantar balik ke hotel mereka iaitu di Perdana Inn bagi mereka berhat untuk meneruskan perjalanan mereka ke Kapit keesokkan harinya...




Begitulah cerita di hari pertama kejadian pada 17 Jun 2009..


akan bersambung....

No comments: