There was an error in this gadget

Oct 11, 2009

Sistem Pendidikan di Malaysia sepatutnya....

Adalah lebih elok jika sistem pendidikan di negara kita bersifat begini. Mengapa? sebab saya sendiri telah melaluinya. Bukankah lebih elok jika sistem pendidikan di negara kita diacu oleh golongan berlatabelakangkan pendidikan dan bukannya orang lain. Rasanya sudah tiba masanya untuk kita mengubah cara sistem pendidikan yang ada di Malaysia. Ikutlah acuan kami yang belajar. Bagaimana! Inilah sistem pendidikan yang dirasakan oleh saya sesuai buat masa ini.

Pertama Hapuskan sistem pendidikan sekarang yang mana kita terpaksa belajar yang saya katakan terbahagi kepada LIMA PERINGKAT iaitu
1.) Pra-sekolah
2.) Sekolah Rendah
3.) Sekolah Menengah
4.) Pra-universiti
5.) Universiti

INILAH YANG SEPATUTNYA (jika ada cadangan yang lebih elok, kemukakan)
Rasanya kita harus membuat atau mengubahnya kepada Empat Peringkat sahaja iaitu:
1.) Pra-sekolah
Peringkat ini kita katakan peringkat Tadika. Inilah masanya dan ketikanya apabila kita diajar menulis, membaca dan mengira. Semuanya kita belajar di sini selama lebih kurang 2 tahun. Di sini kita belajar perkara yang mudah semudahnya. Seperti apa yang kita lalui selama ini. Rasanya kita semua setuju bahawa peringkat ini merupakan peringkat yang terpenting bagi zaman kanak-kanak untuk memasuki alam persekolahan.
2.) Sekolah Rendah
Pada peringkat in pula, Silibus yang kita ada untuk Darjah 1 hingga Tingkatan 3 diserapkan di sini. Peringkat ini, kalau boleh dalam masa 6 tahun. Ini adalah bagi melatih, serta membentuk segala-galanya sebelum mereka memasuki peringkat seterusnya. yang lebih mencabar Selesainya mereka di peringkat ini, biarlah mereka diberi pilihan untuk membentuk masa depan mereka serta memilihnya. Maksudnya di sini jika mereka berminat dalam undang-undang, biarkan mereka memilih bidang tersebut.
3.) Pra-Universiti
Rasa-rasanya peringkat yang diperlukan di sini adalah sebanyak 4-5 tahun. Ini kerana pada tahun pertama, mereka seelok-eloknya diberi pendedahan tentang kursus yang mereka pilih, jika berminat dalam geologi masuklah dalam bidang tersebut, dan seterusnya. Dan pada 3 atau 4 tahun seterusnya, biarlah mereka belajar tentang segala-galanya yang ada tentang bidang yang mereka minati.
4.) Universiti
Pada peringkat ini, kita terus bentuk mereka berdasarkan asas yang telah mereka perolehi dan pelajari di peringkat Pra-Universiti. Peringkat ini memerlukan masa sebanyak 2-3 tahun untuk mereka selesaikannya.
Itulah antara peringkat-peringkat yang mereka perlukan serta secara ringkas isi kandungan peringkat yang mereka perlu lalui sebelum begelar orang yang berjaya.

Rasionalnya di sini.
1) Mereka di beri pilihan dari awal lagi untuk menentukan bidang mereka sendiri. Di sini kita mampu membentuk seorang mahasiswa/i yang bersedia dari awal dan diberi ilmu yang berkaitan dengan bidangnya dari awal lagi. Maksudnya kita membentuk mereka dari rebung lagi (benarlah kata pepatah melayu di sini 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'). Dalam usia lingkungan 13-18 tahun mereka akan dibentuk seelok-eloknya bagi memastikan merekalah juara di dalam bidang tersebut.
2) Mengapa kita perlukan mereka untuk membuat pilihan semasa mereka berumur dalam lingkungan 20 lebih tahun, kerana pada usia tersebut, masa depan mereka sepatutnya lebih jelas.. Betul tak. Mengapakah pilihan mereka tidak dapat dibuat dengan lebih awal lagi, iaitu semasa mereka melangkah ke usia 13-15 tahun. Jika pada usia 20 lebih tahun sekalipun, keputusan muktamad bukannya terletak di tangan mereka sebaliknya, ditentukan oleh kerajaan betul tak. Adakah bidang yang mereka pilih terutama pilihan pertama betul-betul 'terkena'.
3) Jika mereka diberi pilihan dan sudah menentukan pilihan mereka dengan lebih awal, bukankah asas pembelajaran mereka dalam bidang itu lebih teguh. Jika ini diaplikasikan dalam bidang mereka apabila mereka bekerja nanti, bukankah mereka akan lebih berjaya pada masa depan, apakah kesannya, kita rasanya mampu untuk melangkah tiga langkah lebih kehadapan daripada biasa.

Jadi persoalan inilah yang ingin saya lemparkan kepada anda semua. Beranikah kita untuk membuat satu pembaharuan dalam bidang pendidikan kita. Dan jika kita berani mampukah kita untuk mengubahnya. Walaubagaimanapun, cadangan ini jika ingin dilaksanakan haruslah diperhalusi lagi agar lebih berkesan. Usahlah lagi kita mengikut cara yang lama jika kita mempunyai alternatif baru yang lebih baik. Setuju.. Jika cadangan ini diperhalusi, adalah lebih elok golongan berpendidikan yang membuat keputusan untuk memastikan sistem pendidikan yang baru ini lebih berjaya dan diterima..

Saya sayang Malaysia..
Saya masih orang Malaysia...
Tiba masanya untuk kita mengubahnya..
Persoalan berani tak timbul tetapi mampukah kita..

8 comments:

Gnet said...

gnet likes this post and the previous one. it is so true.
and one more thing, in uni, can we just eliminate all the UNNECESSARY subjects that we are required to take just for the sake of fulfilling the requirements to graduate?
and and i think that the system now is based on exam papers all the time. hence, leading the students to study just for the sake of passing the exam. i know i do and i dont like it that way.
stresssss aku *trademark itu mesti* haha

adlerhilary said...

To add on.. Why don't we adopt the open book test where we can search for the information elsewhere.. RIGHT.. because during our working time we are not depending on what we have learn and we are not memorizing everything.. But all the information are at our fingertip.. so what to memorize.. when in future all d information are made ready there where we need to refer to it...

adlerhilary said...

forgot
HELLLLOOOO :P

Conee said...

Letih saya berdebat ttg isu ini di dalam kelas... laut ni mereka sahaja yang betul... tak tau knapa dipolitikan isu pendidikan. Sepatutya org politik tidak boleh masuk cmpur, ni tidak, semua nak promote pemikiran sendiri walhal sepatutnya kita menyediakan seorang manusia yang berfikiran luas dan cerdik. Ini tidak, berorientasikan exam semata-mata dan semakin tertutup minda yang sememangnya tidak pernah terbuka pun minda mereka tu... sebab tu, saya rasa generasi sekrang, makin lama makin bongok, apa-apa pun tak tahu... -.-

adlerhilary said...

Itulah yang kita katakan manusia.. Hidup yang suka menyibuk hal peribadi orang.. jadi macam nilah.. Kerja politik dicampuradukkan dengan hal dalam sistem pendidikan.. Siapa yang kena, kita juga... Adakah takut kita nanti akan menjadi lebih hebat?

mcjayn said...

First of all, Helloooooo~ :p

i agree with Gnet abt not taking the subjects only cos it's WAJIB. *rolled eyes* for what? after exam, bagi balik ngan jak pensyarah pun..

abt open book... not so sure if it's good. isn't that's what our assignment is all abt? it's kinda like open-book test. i think having examination is ok but the questions asked are important. what does it want? our understanding or our knowledge? or creativity? that kinda things. not just require us to hafal stuff but also whether we understood the theories that we've learned in class and then apply it in a situation. i think that is more important than being able to list down what you've read.

About fitting in all the syllabus of primary 1 through form 3... these need careful thoughts. We need to consider the ability of the students to absorb all these. Because the developmental levels of children follow certain stages. that is they understand things from concrete to abstract. maybe budak sekarang sudah boleh faham benda yang lebih complicated pada usia yang lebih muda lagi. Thanks be to God. Then only we make these sort of changes.

Also, saya rasa the budak-budak need to be exposed to the different professions. Bring them to lawat or have parents from different profession share abt their job in school to the children. then children can have Q&A sessions with them. Kalau takde semua jenis profession, takpe, guru boleh show tokoh-tokoh. describe what they do. cos budak-budak perlu know there's a whole lot more out there than just doctors, teachers, pilot, and engineer. Ada lagi job yang less glamourous - the behind-the-scene jobs. Then barulah boleh buat keputusan, what kinda jobs they wanna do. Then only they choose the subjects yang berkaitan. Barulah semua ada peluang to mencapai cita-cita. Cos everybody has different keupayaan and intelligence. Kalau tak pandai nyanyi tapi lebih cenderung kepada seorang naturalis, takkan nak suruh dia buat semua bunyi binatang atas pentas, rite? I dunno abt u guys la but in my school last time mana ada benda macam ni. Semua suruh cikgu kaunseling. Guru baru seorang, pelajar beribu-ribu. How to accommodate? Then kalau ada roadshow, mesti pasal which uni/college u wanna go. Apa gunanya cakap pasal semua ni kalau x tau lagi nak jadi apa. Kan?

Haelius...Hailey...Hai Li... said...

nice post to be pondered bout...yup, kinda sad when we have to go through all these exam-oriented education system....well, I dunno wat to say here, coz everythng dat u hve mentioned in ur post n other's replies seemed reasonable...

to make it short, I say, let the students of today be not exam-oriented anymore...let it become some kinda hybrid....with more credit on the practicality of the knowledge n not on the exam paper...

sokong si Gnet...aku pun xsuka mau bljr bnda2 yg rasanya xperlu...n for the case of primary school n secondary school, byk kpd pktikal n kurangkan pngambilan markah pd exam....aku stress dgn exam!!!xpa bh klu bljr bnyak2 sbjek, asalkan kita puas dgn apa yg dpelajari tu...

*hate Pendidikan Moral sooo much!! aku yg bermoral tinggi nie pn bleh dpt 5C dlm SPM, padahal kwn aku yg perangai mcm setan pn bleh dpt 2A....-_-lll*

adlerhilary said...

yes.. melissa... nowaday they are more to choosee which university to enter instead of which coures to tak... if it was like that, better we get a good grade University without courses.. hmm whaever.. blablabla...

Hailey.. everything was about exam but... in future during our working time all the information are at our fingertip right... then why do they need to test us..