There was an error in this gadget

Oct 10, 2009

Ubah Sistem Pendidikan di Malaysia... (PPSMI)

Semasa saya duduk termenung menunggu bas 2 minggu lepas.. Saya terasa ada sesuatu yang menghantui fikiran saya... teruslah saya cuba bertanya kepada diri saya sendiri.. Apakah yang boleh saya buat? Berapa banyakkah kuasa di tangan saya mampu untuk mengubahnya? Adakah suara mahasiswa seperti saya ini didengari? huh!!! Jenuh aku memikirkannya.. Lantas saya mengambil keputusan ini untuk memberikan pandangan saya yang telah belajar dan masih belajar kepada masyarakat luar. tetapi berapa ramaikah masyarakat luar yang datang mengunjungi blog saya ini untuk mendengar pandangan saya. Saya tak kisah, ada atau tidak. Biarkanlah suara kecil saya ini terus dibuai pukulan ombak dan pada masa yang sama mengharapkan suara saya ini yang akan mengawal ombak untuk MENGUBAH SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA!!!

Apa yang saya suarakan ini merupakan pandangan peribadi saya yang saya merasakan terbaik buat masa sekarang.. Sistem Pendidikan Di Malaysia sebenarnya memerlukan pembaharuan.

Pertama... Sebenarnya sistem pendidikan kita dikawal oleh orang politik.. Perlukah kita terus membiarkan sistem ini dikawal oleh mereka yang saya rasakan akan memusnahkan masa depan anak-anak bangsa kita. Malulah kita suatu hari nanti apabila kita dikatakan jahil tentang ilmu. Biar saya terangkan di sini. Contoh mudah PPSMI (akronimnya sudah begitu biasa bagi kita). Perlukah kita menukarkan PPSMI kepada Bahasa Kebangsaan kita! Tepuk dada tanya selera. (membiarkan pertanyaan ini dijawab oleh anda sendiri mengikut kerasionalan otak manusia berfikir). Inilah pandangan saya. Sudah dapatkah kita melihat fasa pertama pelajar yang melalui proses PPSMI ini sehingga mereka menjejakkan kaki mereka ke menara gading. Jika tidak mengapa mansuhkan terus sistem yang sedia ada sebelum dapat melihat hasilnya. Analoginya mudah. Buah durian yang kita tanam selepas 3 tahun. belum pun berbuah kita dah buat keputusan yang hasilnya tak memuaskan. Lalu ditebang pohon itu. Logik atau tidak!! Selepas itu, yang membuat keputusan bukannya dari golongan bijak pandai. golongan yang membuat keputusan ini sebenarnya daripada golongan yang berfikiran singkat. Inilah analoginya. Ibarat doktor gigi, kita suruh doktor gigi tu pergi bedah orang yang nak bersalin. (patut atau tidak). Lepas itu, yang belajar, yang memerlukan ilmu, yang ingin berjaya adalah pelajar itu sendiri dan bukannya pembuat keputusan. Di sini kita boleh melihat bahawa pembuat keputusan itu sebenarnya menganggu amalan belajar pelajar yang ingin berjaya.. Hasilnya adalah 1) pelajar tak dapat bersaing. 2) pelajar terus kebelakang yang menyebabkan negara kita makin kebelakang. 3) kita tidak dapat menghasilkan pelajar yang berminda kelas pertama dan mampu bersaing di mana-mana.
Inilah cadangan saya:
1) Adalah lebih elok lagi kita letakkan satu komiti ADHOC untuk memperincikan sama ada PPSMI dalam BI atau BM.
2) Komiti ADHOC ini seharusnya lahir daripada golongan yang berlatarkan pendidikan dan BUKANNYA POLITIIK.
3) Biarkan PPSMI ini sampai ke titik akhir pelaksanaan sebelum ditukarkan lagi ke sistem yang lama.
4) Ahli komiti ADHOC ini juga seharusnya terdiri daripada golongan berpendidikan daripada pelbagai bidang contohnya Aeroangkasa, Biologi, Saintis, Doktor, dsb.
Justeru jika kita mengambil pandangan daripada golongan seperti ini lain jawapan serta pandangan mereka. Ini tidak. Ahli politik diberi tanggungjawab menentukannya. INI ANALOGINYA. Golongan sasterawan, kita ajak mereka pergi ke bilik bedah untuk melakukan pembedahan. Berjaya atau Tidak!!
Jadi inilah masanya untuk kita duduk sejenak dan berfikir rasionalnya tindakan kita selama ini. Jangan terlalu mudah untuk mengikuti telunjuk orang. Jika mereka kata YA biar kita kata YA juga tapi dengan sebab musabab kita yang tersendiri. Saya boleh anggap bahawa kita tak ubah seperti Pak Pandir suatu hari.. Kerana Kampung MARUAH tergadai..
Yang mana lebih kita utamakan.. Nasib Kita atau ANAK BANGSA..

(posting ini adalah lebih berkaitan dengan isu PPSMI)
Saya sayang Malaysia
Tapi saya tak suka Caranya
Bolehkah kita mengubahnya

1 comment:

mcjayn said...

setuju sangat-sangat. tiada kaitan antara PPSMI dengan meningkatkan penggunaan bahasa. adakah pelajar belajar bahasa melalui buku teks yang dibaca itu? masa saya belajar, aku hafal ja istilah-istilah tu sebab cikgu pun bukannya cek grammar aku. wpun bahasa melayu/inggeris aku lintang-pukang, janji ada istilah, boleh dapat markah. kalau nak tingkatkan bahasa, ialah melalui bahasa melayu atau bahasa inggeris. tak ada shortcut. tips paling berkesan ialah suruh org banyak membaca buku. bukan buku teks saja. tapi buku-buku lain di library yang nampak cantik sebab x disentuh. buku rujukan pula entah hilang kat mana kena sembunyi sebab lokek nak coursemate dapat markah tinggi. dengki! eh, macam menyimpang dari poin sebenar. k, sampai sini sajalah warkah kali ini. cehcehceh. puitis sik? :p helloooo~