There was an error in this gadget

Mar 20, 2012

JIKA ANDA PERNAH BERSENDIRI ATAU LONELY


Setelah lama tidak posting akhirnya ilham timbul kembali. Untuk post kali ini sengaja saya gunakan bahasa rojak, (AMARAN: ADALAH TIDAK DIGALAKKAN UNTUK ANDA MENIRU GAYA BAHASA INI).

Kita seringkali tertanya-tanya pada diri kita, mengapa kita selalu bersendirian. Elok jika difahamkan maksud bersendirian @ alone @ lonely @ kesunyian @ kesepian. Adalah dimaklumkan tafsiran berikut adalah menurut tafsiran si penulis sendiri iaitu saya :)
Kalau diikutkan tafsiran perkataan tersebut merujuk kepada perasaan kita yang kosong. Ringkas tapi padat kan. (tak payah nak rujuk kamus lagi dah).

Sebenarnya isu sebegini terjadi disebabkan oleh hati ataupun jiwa kita yang kekosongan. Bukan mudah untuk kita mencari sebab musabab kenapa jiwa kita kosong. Tapi selalunya kita akan mencari seorang insan untuk mengisi kekosongan di dalam jiwa kita kan. Setuju kan? Tapi kita lupa mengapa kita tidak mencari punca kekosongan tersebut agar kekosongan di dalam jiwa kita dapat terisi secara sebetul-betulnya.

Jom kita buat satu analogi. Katakan jalan raya berlubang sambil kita andaikan jalan raya adalah hati kita manakala yang berlubang tersebut adalah kekosongan hati dan jiwa kita. Bolehkah kita isikan kekosongan tersebut dengan pasir, batu ataupun air? Boleh sebenarnya, namun adakah itu yang kita cari atau dalam bahasa ekonominya adalah utiliti tersebut akan tercapai. Sudah semestinya tidak kerana jalan raya tersebut memerlukan tar untuk memastikan jalan tersebut tidak berlopak lagi.

Begitulah juga dengan hati dan perasaan kita, yang sepatutnya diperiksa apakah punca kekosongan itu. Jika di dalam hati kita kekurangan kasih sayang seorang ibu sudah semestinya hanya insan yang bergelar perempuan ataupun wanita yang mampu mengisi kekosongan jiwa tersebut. Begitulah juga sekiranya hati seseorang tersebut kekurangan dan memerlukan kasih sayang seorang bapa, tentunya hanya insan yang bergelar lelaki mampu mengisi kekosongan tersebut. Namun ramai yang tidak sedar dan tidak dapat mengenal pasti punca kekosongan di dalam jiwa mereka yang menjuruskan mereka untuk mencari benda yang lain bagi mengisi kekosongan hati mereka. Katakan seorang lelaki kekurangan kasih sayang seorang bapa apabila dia mencari jiwa wanita untuk mengisi kekosongan tersebut maka dia masih terasa kekosongan itu walaupun dia mengatakan bahawa kekosongan itu telahpun diisi. Adalah lebih elok sebelum kekosongan itu diisi, kita perlu mengenalpasti punca jiwa kosong tersebut sebelum mencari jalan penyelesaian.

Baiklah saya rasakan biarlah post saya tamat di sini. Namun jika anda mempunyai persoalan jangan malu untuk berhubung dengan saya.
:)


jumpa lagi untuk post yang seterusnya